~lawak malam isnin~

salam...
kebetulan ak ngan akak ade terbace satu crite lawak la..so share la ngn korang..hehe..
peristiwa ni, kengkonon la k..kt satu ptandingan berbalas pantun la...kirenye ptndingan ni mlibatkn 2 buah skolah je..iaitu sek kanak2 x paham bahasa (sktfb) n lg 1 sek kanak2 x paham soalan (sktfs)..hehe..
ade la pengacara majlis ni, namekn die YYY..
ni antara dialog diorg kt ptandingn tu..



YYY : Ya...berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun..ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power masing2.. Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan).Tepuk tangaaaaaannn!!! ok round pertama,SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.Silakan peserta pertama..


peserta pertama SKTFS:"Dengar ye...
kura-kura dalam perahu..
pisang emas di bawa belayar..
bolehkah saya ingin tahu..
kenapa kura2 dalam perahu?


Jawapan dari peserta SKTFB:"dengar ye jawapan saya....
Sudah gaharu cendana pula..
Masak pisang di atas peti..
Dengarlah ini jawapan saya..
Perahu itu sapa yg beli?

YYY: ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya..


peserta kedua SKTFS: Gunung daik bercabang tiga..
Buah cempedak di luar pagar..
Pada tuan saya ingin bertanya..
Kenapa gunung daik bercabang tiga?

Jawapan dari SKTFB: Buai lajulah laju..
Sampai pohon sena..
meh ler dengar jawapanku..
rumah awak ada buah cempedak ke?

YYY: nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya..

peserta ketiga SKTFS: ambil galah tolong jolokkan..
paku dulang paku serpih..
saya di sini inginkan jawapan..
kenapa dulang ada paku?

jawapan dari peserta SKTFB: Kalau ada jarum yg patah..
jangan di simpan dalam peti..
kenapa awak nak ambil galah?
semua pokok belum berbuah lagi!

YYY: ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya..

peserta pertama SKTFB: Burung terkukur hinggap di pokok..
burung merpati hinggap di kepala..
kepada saudara saya ingin bertanya..
kat rumah awak ada bela burung tak?

Jawapan dari peserta SKTFS: anak kucing mengiau manja..
mengiau manja tandanya lapar..
Dengarlah ini jawapan dari saya..
semalam saya baru beli selipar..

YYY: ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta kedua

Peserta kedua SKTFB: Air tenang jangan tak disangka..
Ada naga duduk berendam..
saya ni teringinlah nak tahu..
nenek awak sapa nama?

jawapan peserta SKTFS: duduk menyimpuh si ibu tua..
menunggu anak tak pulang2..
kepada saudara yg tlh bertanya..
saya tak suka kucing belang..

YYY: tepuk tangan!tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya

peserta ketiga SKTFB: anak pak kadak rajin membaca..
anak pak kaduk rajin berdengkur..
dengarlah ini saya punya soalan..
lauk apa jadi kesukaan awak?

jawapan peserta SKTFS: sila dengar...
Tuai padi antara masak..
Esok jangan layu-layuan..
Saya beri jawapan pada awak..
Saya tak suka tengok cerita hindustan..

YYY: ye..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya tak diundang.Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara berbalas pantun peringkat sekolah pondok telah dimenangi oleh....


ak rs korang sndr la decide sape pemenang...hahahaha..ak no komen..korang mjadi juri..hehaha
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "~lawak malam isnin~"