~~special utk incik anonymous...hehehe..~~

hr tu incik anonymous ade mtk aku stori psl komik plk,kn....

"ello...komik??oo..komik jah ko mtk,ye...kisah2 agama ke, kisah2 dongeng kite dolu2 ko xnk??"

huhu...dasat x klu aku jwb gtu??hehehehe...xdek ah....mmg aku tgh kumpul pn....tp bukan komik ye, incik anonymous...kisah dongeng melayu...huhu...ikutk, kat umah ni ade je buku cite psl kisah dongeng dulu2...y kite slalu dgr ms kite kecik2 dl....tp xkn aku nk g potosetet plk page by page,kn....xkn nk scan ke,amik gmba ke,kn..cam xlogik la plk...ats dsr aku 'syg' kisah2 dongeng dolu2 ni, aku pn try la tny pakcik google..try kumpul ckit2 stakat y aku bleh carik....selain dr leh share ngan korg, leh aku simpan u kenangan aku sndiri..mmg bl aku nulis kat blog ni, sbnrny lbih pd nk simpan kenangan + pengalaman aku ngan famili, kwn2 keliling aku...esok2 leh imbas blik kenangan tu....huhu...so, guane incik anonymous??bangga x ko, aku wat special u ko??hoho...kembang kempis la lobang idong ko lps ni...hehehe..
[dlm hati : eleh...pdhl mmg dh lama aku carik dh...mmg nk isik pn...toksah la ko pasan lbih2...huhu..ya amponnn..hehehehe..]

adoi...smpi buntang bijik mata aku ngadap laptop ni, carik cite2 dongeng dolu2....mslh no 1, xigt cite ape!!hahaha...nk wat cmane...aku ni bab pelupa mmg thp dewata....so, mn y aku igt je la...carik punye carik, tu pn blum tentu ade...hmmm...mkin pendek la gamaknye list aku ni...huhu...xpe la...mn y ade je la,ye...mgkin next time klu aku jmpe lg, leh smbung part 2 plk..hehehe....aku try la bg credit pd blog owner...tp klu xde tu, mgkin sbb aku tlupe...so, hrp jgn saman aku la hendaknye...hehehehe


Stori 1 :: Mengapa kulit kura-kura retak

Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang, semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering. Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang.

Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya menggigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung.

Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan.

"kura-kura boleh terbang? tengok tu..kura-kura boleh terbang! kura-kura boleh terbang...!"

Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang. Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik. Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak itulah kulit kura-kura retak di sana sini...

[credit : kujie2.com]


Stori 2 :: Serigala dan tujuh ekor anak kambing

Pada zaman dahulu,seekor ibu kambing telah melahirkan tujuh ekor anak.Pada suatu hari,ibu kambing hendak keluar mencari makanan.Ibu kambing memberitahu kepada anak anaknya,

"Serigala sangat licik,jadi apabila kamu semua mendengar suara dan melihat empat kuku hitamnya,jangan buka pintu."

Serigala berasa begitu gembira setelah melihat ibu kambing meninggalkan rumahnya.Ia pun mengetuk pintu dengan kuat,

"Cepat buka pintu,ibu sudah balik!"Tetapi anak anak kambing berkata,"Ini bukan suara ibu,suara ibu sangat lembut dan halus."

Serigala tidak putus asa.Ia membeli kapur dan memakannya.Hasilnya,suara telah menjadi lembut.Kemudian ia pergi mengetuk pintu rumah kambing.

"Cepat buka pintu,ibu sudah balik dan membawa banyak makanan yang enak!"

Walaupun suara serigala telah menjadi lembut,tetapi anak anak kambing telah melihat kuku hitam dan tajam itu,lalu berkata,

"Kamu bukan ibu kami.Kamu adalah serigala kerana kamu ada kuku yang hitam lagi tajam.

Serigala mencari tuan kilang penggiling dan memaksanya membuatkan kuku hitam menjadi putih.Serigala sekali lagi mengetuk pintu rumah kambing.Anak anak kambing melihat kuku putih itu dan menyangkakan ibu mereka telah balik.Setelah anak anak kambing membukakan pintu,serigala terus menelan enam ekor anak kambing sekali gus.Seekor anak kambing yang terselamat sempat bersembunyi di bawah kotak jam.

Setelah kenyang,serigala tertidur di bawah sepohon pokok.Apabila ibu kambing balik,ia melihat keadaan rumah yang kucar kacir itu.Ia terus mencari anak anaknya.Akhirnya ia menjumpai anak kambing yang bersembunyi di bawah kotak jam.Anak kambing yang terselamat itu memberitahu ibunya perkara yang telah terjadi.Ibu kambing berasa begitu sedih dan berkata,

"Serigala sudah kekenyangan,mesti ia tidak pergi jauh dari sini.Kita pergi carinya sekarang juga!"

Akhirnya ibu kambing dan anaknya menjumpai serigala yang sedang tidur di bawah pokok.Ada sesuatu yang bergerak di dalam perut serigala.Jadi ibu kambing pun menyuruh anaknya balik ke rumah mengambil gunting dan jarum.Ibu kambing terus membelah perut serigala dengan gunting.Ia berjaya menyelamatkan keenam enam ekor anaknya.Anak anak kambing tidak mengalami sebarang kecederaan.Ini kerana serigala hanya menelan dan tidak mengunyah mereka.Apabila ibu kambing melihat anak anaknya masih hidup,ia berasa begitu gembira.

Ibu kambing menyuruh anak anak mencari batu batu untuk diisi ke dalam perut serigala.Setelah memasukkan batu batu sehingga penuh,ibu kambing menjahit semula perut serigala.Setela serigala terjaga,ia merasa kekenyangan dan berasa sangat dahaga.Serigala berjalan ke tebing sungai.Ia tidak boleh berjalan cepat kerana perutnya berat.Ia masih tidak menyedari bahawa perutnya telah diisi penuh dengan batu.Oleh kerana perutnya terlalu berat,ketika serigala membongkok untuk meminum air,ia telah terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas.Ibu kambing dan anak anaknya berasa begitu gembira apabila melihat serigala telah mati lemas.

[credit : kawanlah.com]



Stori 3 :: Batu belah batu bertangkup

Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi.

Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul.

"Wah, besarnya ikan yang mak dapat !" teriak Pekan kegembiraan.

" Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung.

Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.

" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak," pesan Mak Tanjung kepada Melur.

Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.

" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng.

" Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga," pesan Melur kepada Pekan.

" Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ," minta Pekan.

" Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini," jawab Melur.

Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan meminta lagi.

" Kak, Pekan hendak lagi telur ikan," minta Pekan kepada Melur.

" Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.

Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya.

" Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! " teriak Pekan dengan gembiranya.

" Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.

Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya.

" Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung.

" Err... Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya tetapi...."

" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung.

Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul.

" Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...." sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya, Pekan itu.

Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.

Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya pulang.

" Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat hatinya.

Melur turut menangis dan berteriak,
" Mak, Kasihanilah kami! Mak!"

Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.

Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup.

Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.
[Credit : http://www1.moe.edu.sg]



Stori 4 : Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada.

Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru,

"Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.



Stori 5 :: Mat Jenin

Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya, kerjanya pula sehari-hari hanyalah memasang angan-angan.

Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ, kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi, apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini, maka Mat Jenin akan bercerita sehingga
sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti.

Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan, katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu.

Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hari. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.

Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa yang memerlukan kelapanya dipetik maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.

"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin

Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin.

"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Bolehke cucu tolong petikkan untuk nenek?"

"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek." tanya Mat Jenin.

Jawab nenek tua itu,

"Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."

"Saya nak buat apa telur ayam tu."
kata Mat Jenin.

"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam." Jawab nenek itu lagi.

Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual.

" Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek."

Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang.

"Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan."

Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata

"Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?"

Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab

"Betul cu."

Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayam aku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan. Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. lagipun tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir demikian, diapun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambingkan, nenek?"

Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab

"Betul tu cu."

Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,

"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan di hormati orang."

Sekali lagi dia menoleh kebawah melihat nenek itu,

"Kalau saya tukarkan kambing itu dengan lembu tentu lagi baikkan, nenek." dia menjerit kebawah.

Nenek itu terus menjawab

"Betul tu cu."

sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia.

Mat Jenin semakin kuat berangan-angan,

"Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku berkerja lagi susah payah. Bolehlah aku membela kerbau pula nanti."

Sekali lagi dia memekik kebawah,

"Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu."

Sekali lagi nenek itu menjawap,

"Betul tu cu."

"Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi.

Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya,
"Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayu-sayu di bawah sana.

Ya, kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudahpun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti.

Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja.

"Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja."

jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayu-sayu, tidak didengarinya kerana dia sudahpun tinggi di atas pokok kelapa.

"Tentu aku akan mempunyai ramai anak."
fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum.

"Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini."

Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking

"Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku."

dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu.

Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu. Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan, malangnya Mat Jenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.

[credit : spancity.com]



Stori 6 :: Si Badang perkasa

Arakian pada zaman dahulu terdapatlah seorang hamba di Temasik. Akan hamba itu bernama Badang dan tuannya pula bernama Orang Kaya Nira Sura. Akanpun kerja Badang pula sehari-hari menebas hutan untuk tuannya untuk bercucuk tanam. Ketika itu amat payahnya Badang mendapatkan makanan, hanya umbut dan pucuk pokok menjadi lauknya sehari-hari. Maka datanglah rasa jemu memakan umbut dan pucuk semata-mata.

Di pinggir tempat Badang menebas itu ada sebatang anak sungai mengalir. Maka Badang sering singgah di tebing anak sungai itu untuk melepas lelah sambil membersihkan dirinya selepas sehari-hari menebas. Maka pada suatu hari ketika Badang sedang berehat-rehat di tebing anak sungai, dia melihat banyak ikan melompat-lompat dengan galaknya, maka dia pun berfikir-fikir

"Tempat ini bagus kalau menahan lukah."

Setelah itu diapun kembali menebang hutan. Ketika sedang menebas semak-samun, Badang ternampak serumpun buluh lalu dia berasa sukacita. Apabila hari telahpun petang, Bandang pun segeralah pergi menebang buluh-buluh itu lalu diletakkannya ditebing sungai. Setelah itu dia pun meraut buluh itu untuk dibuat lukah.

Keesokkan harinya, Badang bangun pagi-pagi lagi dan bersegeralah menebang hutan. Apabila hari sudah petang, Badang kembali ke tempat dia menyimpan buluh yang di raut semalam. Badang dengan cepat menyiapkan lukahnya itu. Setelah lukahnya siap, Badang memacakkan buluh menjadikan genting lalu memasang lukahnya digenting anak sungai tersebut. Setelah Badang siap memasang lukah, hari sudahpun beransur malam. Badang pun bersiap lalu tidur.

Setelah fajar mula menjelang keesokkan harinya, Badang pun bangun lalu pergi memeriksa lukahnya. Alangkah hampanya Badang kerana melihatkan lukahnya telah diusik orang dan kosong. Yang tinggal di dalam lukah hanyalah tulang dan sisik ikan yang bertimbun-timbun. Setelah Badang memasangkan lukahnya kembali, dia pun kembali pergi menebang pokok dan menebas semak.

Pada keesokkan harinya, Badang kembali memeriksa lukahnya dan dia berasa sungguh hampa sekali lagi kerana hanya sisa tulang dan sisik ikan yang tinggal di dalam lukahnya. Badang merasa sungguh meradang dan dia berazam untuk menangkap orang yang bertanggungjawab mencuri ikan-ikannya itu. Badang memasang lukahnya kembali sebelum pergi menebang pokok diatas tanah tuannya.

Pada sebelah petangnya setelah habis bekerja, Badang memeriksa lukahnya kembali, tetapi tidak diusik orang. Badang pun pergilah membersihkan diri dan bersembahyang dan berzikir. Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isya, Badang pun kembali ketempat dia menahan lukah tersebut. Setelah sampai ketebing anak sungai tersebut, Badang pun menyorok dibelakang serumpun belukar dan duduk menunggu.

Setelah lama menunggu, maka dilihatnya air anak sungai itu berombak-ombak, dan dengan tiba-tiba muncul satu lembaga yang menjulang lukahnya. Maka dilihat oleh Badang lembaga itu membawa lukahnya ke tebing anak sungai tersebut lalu sibuk meratahnya.

Badang merasa sungguh marah lalu dia menghunus goloknya lalu mara perlahan-lahan kearah lembaga itu. Setelah hampir dengan lembaga itu, Badang melompat dengan cepat lalu meragut janggut lembaga itu yang panjang berjuntai. Lembaga itu meronta-ranta hendak melepaskan diri, tetapi Badang tetap menggenggam janggut lembaga itu dengan kemas.

"Oh! engkaulah yang selalu mencuri ikan aku setiap hari." kata Badang dengan marah.

"Aku tidak akan lepaskan engkau kali ini." katanya lagi.

Lembaga itu meraya-rayu agar dia tidak diapa-apakan.

"Tolonglah tuan hamba. Lepaskan hamba. Hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba minta sekiranya tuan hamba melepaskan hamba."

Mendengarkan kata-kata lembaga itu, Badang berfikir

"Kalau aku meminta rumah atau kekayaan, kesemua harta itu akan menjadi milik tuan aku. Kalau aku meminta isteri yang cantik juga akan diambil oleh tuan aku. Oleh itu baik aku meminta kekuatan yang luar biasa. Oleh itu dapatlah aku membersihkan hutan ini dengan cepatnya."

"Baiklah! Aku hendak menjadi kuat." ujar Badang.

"Kalau tuan hamba hendak menjadi kuat, tuan hamba perlu memakan muntah hamba." kata lembaga itu.

"Baiklah! Cepatlah agar aku menjadi kuat." kata Badang lagi.

Lembaga itu mencapai daun pokok berhampiran dan memuntahkan kedalam daun itu. Daun itu kemudiannya diunjukkan kepada Badang. Tanpa berlengah lagi Badang segera memakan muntah hantu itu. Setelah habis, lembaga itu berkata,

"Lepaskan hamba sekarang."

"Nanti dahulu!" kata Badang. "Aku ingin mencuba terlebih dahulu."

Badang berjalan kearah sebatang pokok yang batangnya sebesar sepemelok. Lembaga itu terpaksa mengikut sahaja kerana janggutnya masih dipegang dengan kemas oleh Badang. Badang cuba menolak pokok tersebut dengan sebelah tangannya yang bebas itu. Alangkah gembiranya Badang kerana dengan mudah dia dapat menumbangkan pokok tersebut dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Setelah itu Badang pun melepaskan lembaga tersebut setelah lembaga tersebut berjanji tidak akan mengacaunya lagi.

Badang pun segera membersihkan kawasan hutan tersebut. Pokok-pokok yang sebesar dua pemelok dapat ditumbangkannya dengan mudah sahaja dengan menggunakan tangannya sahaja.

Setelah selesai membersihkan hutan tersebut, Badang kembali kerumah Orang Kaya Nira Sura. Melihatkan Badang, tuannya merasa kehairanan.

"Bukankan aku menyuruh engkau membersihkan tanah di baruh. Kenapa engkau kesini?" tanya Orang Kaya Nira Sura.

"Maafkan hamba. Hamba sudah selesai membersihkan tanah tersebut." ujar Badang.

Orang Kaya Nira Sura merasa tidak percaya dan pergi untuk melihat sendiri kebenaran kata-kata Badang. Melihatkan tanah hutan itu benar-benar telah diterangkan, Orang Kaya Nira Sura merasa sungguh gembira dan sedikit bimbang.

"Gagah sungguh Badang ini. Hutan sebesar ini dibersihkannya dengan mudah juga. Kalau dia mahu tentu dia boleh mengapa-apakan aku." fikir Orang Kaya Nira Sura.

"Baik aku persembahkan Badang kepada raja Temasik."

Dengan itu Badang pun dimerdekakan oleh tuannya lalu dipersembahkan kepada raja Temasik.

[Credit : w3.spancity.com]



Stori 7 :: Lagenda Mahsuri

Lagenda Mahsuri dikatakan berasaskan kejadian yang benar-benar berlaku dan ia sering dipentaskan dalam teater bangsawan. Kejadian ini dikatakan berlaku semasa pemerintahan Sultan Ahmat Tajuddin Almukarram Shah di Kedah. Pada ketika itu Datuk Seri Kemajaya bertanggung jawab memerintah pulau Langkawi sebagai wakil sultan. Terdapat beberapa versi Lagenda Mahsuri yang diceritakan dan menurut versi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Lagenda Mahsuri adalah seperti berikut :-

Pada suatu hari ketika wakil sultan Kedah, Datuk Seri Kemajaya sedang berbincang mengenai hal ehwal pengurusan pulau Langkawi dibalai penghadapan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Mahsuri anak kepada Datur Amar yang berada di balai adat bersama-sama gadis istana yang lain. Pada masa yang sama, tiga orang perwira yang baru kembali daripada pertempuran dengan pasukan Portugis di selat Melaka masuk mengadap.

Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Deramang anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri dengan menceritakan kejayaan yang dicapai oleh mereka, disamping menunjukkan harta rampasan yang di dapati mereka dalam pertempuran tersebut. Tidak seorangpun di antara mereka pernah melihat Mahsuri sebelum ini.

Datuk Seri Kemajaya berasa berbesar hati dengan kejayaan mereka dan memandangkan telah banyak khidmat mereka pada masa lalu menawarkan isteri kepada mereka agar mereka dapat berumahtangga. Kesemua mereka bertiga menolak dengan menyatakan mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga disebabkan mereka bertiga telah jatuh hati dengan Mahsuri.

Pada satu hari ketika Mahsuri berada di serambai sambil menyayi lagu bunga tanjung, Deramang kemudian Kelana, dan diikuti Lela yang lalu dibawah serambai cuba menarik perhatian Mahsuri. Deramang kemudiannya mengambil peluang untuk mengadu domba antara Kelana dengan Lela sehingga kedua sahabat karib itu berkelahi. Deramang kemudiannya berlalu apabila menyedari kedatangan Datuk Aman. Datuk Aman mendamaikan kedua sahabat yang sedang bergaduh dan mendapati bahawa punca pergaduhan antara mereka adalah untuk memenangi hati Mahsuri.

Datuk Aman kemudian menyuruh Mahsuri memilih siapa yang dia minati antara Kelana dengan Lela. Mahsuri yang menghormati mereka berdua menyatakan dia akan menjatuhkan bunga daripada serambai dan sesiapa yang mendapat bunga tersebut akan mendapat hatinya. Mahsuri kemudiannya menjatuhkan bunga kepada Kelana yang berjaya menyambut bunga tersebut. Datuk Aman berjanji akan memilih hari yang sesuai untuk perkhawinan antara Mahsuri dengan Kelana. Kelana dan Lela kemudiannya berbaik kembali.

Selepas perkahwinan antara Kelana dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedan untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh. Isteri Datuk Seri Kemajaya, Mahsura, memujuk Datuk Seri Kemajaya agar memilih anaknya Deramang sebagai penggantinya ketika pemergiannya. Lela bertanggung jawab untuk mempertahankan kawasan pantai sementara Kelana pula mengiring Datuk Seri Kemajaya dengan pasukannya kemedan perjuangan. Kelana dan Mahsuri terpaksa berpisah walaupun baru berkahwin. Kelana meminta Lela, yang menganggap Mahsuri seperti kakak, agar menjaga Mahsuri.

Sebaik sahaja Datuk Seri Kemajaya dan Kelana meninggalkan pulau, Deramang, cuba sedaya upaya untuk memikat Mahsuri tetapi gagal. Oleh kerana itu, Deramang mengambil keputusan untuk memerangkap Mahsuri dengan Lela.

Deramang kemudiannya menyuruh Lela pergi kepantai dengan menyatakan terdapat kekecohan di situ. Kemudiannya, Deramang memberitahu Mahsuri bahawa suaminya telah kembali dan sekarang berada di pantai tempat Lela berada. Ketika Lela dan Mahsuri berada di tepi pantai, Deramang kemudiannya telah membawa orang kampung untuk menangkap Mahsuri dengan Lela dan mereka berdua dituduh berzina.

Memandangkan Deramang memegang tampuk pemerintahan ketika ketiadaan Datuk Seri Kemajaya, penghulu dan kaum bangsawan tidak berani membantah atau menghalang Deramang walaupun mereka tahu Mahsuri dan Lela tidak bersalah. Deramang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri dan Lela. Mahsuri dihukum bunuh secara salang, ditikam dengan keris dikedua belah pangkal leher. Hukuman itu akan dilaksanakan di Padang Mat Sirat.

Pada masa Mahsuri akan dibunuh, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku. Apabila Mahsuri ditikam dengan keris oleh Deramang, darah putih memancut keluar sebagai tanda kesucian Mahsuri.

Ketika Deramang hendak menikam Lela, pasukan perwira yang diketuai oleh Datuk Seri Kemajaya sampai menyebabkan Deramang melarikan diri. Apabila sampai ketempat hukuman dilaksanakan, Datuk Seri Kemajaya, Kelana dan mereka yang lain terkejut apabila melihat mayat Mahsuri terkapar disitu. Suasana gembira diatas kejayaan mereka mengalahkan musuh yang menyelubungi rombongan itu kini bertukar menjadi pilu.

Lela kemudiannya menceritakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan kepada kematian Mahsuri. Kelana kemudiannya terus memburu Deramang untuk membalas dendam. Selepas pergaduhan sengit Kelana berjaya membunuh Deramang dan dengan itu membalas dendam keatas kematian isterinya.

Datuk Seri Kemajaya kesal diatas kematian Mahsuri, dan kerana melantik Deramang sebagai pengganti semasa ketiadaannya di Langkawi menawarkan kepada Kelana gadis lain sebagai pengganti. Kelana menolak tawaran tersebut dan sebaliknya pergi meninggalkan Pulau Langkawi setelah bersumpah tidak akan menjejakkan kakinya lagi kembali.

Selepas kematian Mahsuri, Mahsuri dianggap sebagai keramat dan tidak lama angkatan tentera Siam menyerang menyebabkan pulau Langkawi terbiar, dipercayai akibat sumpahan Mahsuri.

[Credit : w3.spancity.com]



Stori 8 : Pak Pandir

Pak Pandir ialah seorang yang bodoh dan dungu. Apabila isterinya Mak Andih menyuruhnya mencari umpan belalang rusa untuk memancing ikan, dia menangkap rusa di dalam hutan dan dibawakan kepada Mak Andih.

Apabila Mak Andih pergi keluar sebentar, dia berpesan kepada Pak Pandir supaya memandikan anak mereka dengan air panas. Maka Pak Pandir pun memandikan anaknya dengan air yang sedang mendidih sehingga mati anaknya itu. Selepas kematian anaknya itu, diadakan kenduri, maka Mak Andih menyuruh Pak Pandir membeli kerbau.

Oleh sebab Pak Pandir tidak mengenal kerbau, Mak Andih menerangkan bahawa yang meragut-ragut rumput itulah kerbau. Apabila ditemui orang sedang menyabit rumput. Pak Pandir pun membeli sabit itu. Kemudian Mak Andih telah menyuruh suaminya menjemput Pak Lebai untuk menghadiri kenduri di rumahnya. Mak Andih memberitahu tanda Pak Lebai ialah yang berjanggut. Apabila Pak Pandir berjumpa dengan seekor kambing jantan, disangkanya itulah Pak Lebai, lalu ditangkapnya kambing jantan itu dan dibawa pulang.

Kerana gagal menjemput Pak Lebai, Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir pergi menjemput Pak Imam pula dan memberitaunya Pak Imam ialah yang kepalanya berketayap putih. Pak Pandir kemudian pun berjumpa pula dengan seekor burung belatuk yang disangkanya Pak Imam, dan ditangkapnya burung belatuk untuk dibawa pulang.

Oleh sebab Pak Lebai serta Pak Imam tidak ditemui, Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir memanggil Datuk Keramat Jin Islam. Tetapi Pak Pandir sesat lalu dipanggilnya gergasi. Kemudian gergasi itu mati kerana tenggelam di dalam sungai. Maka harta gergasi itu diambil oleh Pak Pandir. Pak Pandir mengaku dirinya raja Mambang, lalu berkahwin dengan seorang puteri raja, tetapi rahsianya bocor, lalu dibuang ke dalam hutan. Oleh kerana kelaparan Pak Pandir memakan pisang dengan kulitnya, kemudian dia pun mati.



Stori 9 :: Si Luncai dengan labu-labunya

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda.

Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.

Berkatalah Si Luncai,

"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?"

"Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu.

Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi.

"Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"

Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. "

Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!"

Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.


stori 10 :: Lebai Malang

Tersebutlah kisah Pak Lebai yang hidup di tepi sungai di sebuah desa di Sumatera Barat. Pada suatu hari, ia mendapat undangan pesta dari dua orang kaya dari desa-desa tetangga. Sayangnya pesta tersebut diadakan pada hari dan waktu yang bersamaan.

Pak Lebai menimang-nimang untung dan rugi dari setiap undangan. Tetapi ia tidak dapat mengambil keputusan dengan cepat. Ia berfikir, kalau ia ke pesta di desa hulu sungai, tuan rumah akan memberinya hadiah dua ekor kepala kerbau. Namun, ia belum begitu kenal dengan tuan rumah tersebut. Menurut berita, masakan orang-orang hulu sungai tidak seenak orang hilir sungai.

Kalau ia pergi ke pesta di hilir sungai, ia akan mendapat hadiah seekor kepala kerbau yang dimasak dengan enak. Ia juga kenal betul dengan tuan rumah tersebut. Tetapi, tuan rumah di hulu sungai akan memberi tamunya tambahan kueh-kueh. Sehingga ia mulai mengayuh perahunya ke tempat pesta pun ia masih belum dapat memutuskan pesta mana yang akan dipilih.

Pertama, dikayuh sampannya menuju hulu sungai. Baru tiba di tengah perjalanan ia mengubah fikirannya. Ia berbalik mendayung perahunya ke arah hilir. Begitu hampir sampai di desa hilir sungai. Dilihatnya beberapa tamu menuju hulu sungai. Tamu tersebut mengatakan bahawa kerbau yang disembelih di sana sangat kurus. Iapun mengubah haluan perahunya menuju hulu sungai. Sesampainya di tepi desa hulu sungai, para tamu sudah beranjak pulang. Pesta disana sudah selesai.

Pak lebai cepat-cepat mengayuh perahunya menuju desa hilir sungai. Sayangnya, apabila tiba di sana, pesta sudahpun berakhir. Pak Lebai tidak mendapat kepala kerbau yang diinginkannya. Saat itu ia sangat lapar, ia memutuskan untuk memancing ikan dan berburu. Untuk itu ia membawa bekal nasi. Untuk berburu ia mengajak anjingnya.

Setelah memancing agak lama, kailnya dimakan ikan. Namun kail itu tersangkut di dasar sungai. Pak Lebai pun terjun untuk mengambil ikan tersebut. Sayangnya ikan itu dapat memboloskan diri. Dan sementara itu anjingnya telah memakan nasi bekal pak Lebai. Oleh kerana malang nasibnya, pak Lebai diberi jolokan Lebai Malang.



Stori 11 :: Sang Kelembai / Gedembai

Versi : 1

Menurut orang-orang kampung, Sang Kelembai bukan jenis manusia. Kalau bukan jenis manusia tentulah tergolong daripada jenis yang orang kampung saya panggil pari-pari. Saya pun tidak pasti mengapa dipanggil pari-pari.

Di muka gua Gunung Tasik berhampiran rumah saya ada batu tergantung yang besar. Menurut orang kampung batu tersebut mempunyai rahsia tersendiri.

Di zaman antah-berantah di mana Sang Kelembai memuja batu tersebut dan (ada baiknya juga Sang Kelembai itu) sesiapa yang hendak meminjam pinggan mangkuk untuk mengadakan majlis kenduri kahwin bolehlah memukul batu tersebut dengan batang tepus, dan berserulah beberapa banyak pinggan mangkuk yang hendak dipinjam. Dalam sekejap masa sahaja keluarlah pinggan mangkuk bertimbun-timbun dari batu tersebut.

Demikianlah baiknya Sang Kelembai yang dianggap makhluk yang serupa manusia tetapi luar biasa kerana buah dadanya panjang dan terpaksa disangkutkan di bahu.

Di suatu ketika seorang raja telah mengahwinkan puteranya di tempat yang bernama Hulu Jepai iaitu berdekatan dengan beberapa gua yang dijadikan istana.

Selepas kenduri sang raja yang telah meminjam pinggan mangkuk terlupa hendak memulangkannya sehinggalah beberapa tahun kemudian sang raja tersebut mengahwinkan pula seorang puterinya yang jelita.

Sang Kelembai marah dengan perangai raja yang mementingkan diri sendiri itu dan tidak pula suka menolong rakyatnya yang ditimpa kesusahan. Dia mengambil keputusan untuk melihat perayaan perkahwinan yang besar dan banyak menggunakan harta rakyat, lalu berjalan ke arah istana raja di Hulu Jepai itu.

Orang-orang besar istana lalu memberitahu raja bahawa Sang Kelembai telah berada di pintu gerbang istana dan tidak ada sesiapa yang berani menahannya. Raja sangat marah dengan kedatangan Sang Kelembai yang tidak diundang itu. Tetapi raja lupa bahawa pinggan mangkuk yang digunakan dalam istiadat perkahwinan itu dipinjam daripada Sang Kelembai dan tidak dikembalikan semula.

Sang Raja lalu menyuruh pengawal-pengawalnya menghalau Sang Kelembai dari dalam istana. Sang kelembai yang selama ini dianggap banyak menolong manusia yang susah tidak dapat menahan perasaan marahnya, lalu dia terus menyumpah Sang Raja.

Kerana sumpahan itu Sang Raja dan permaisuri serta seisi istana telah menjadi batu termasuk juga pinggan mangkuk, segala hidupan, katil, kelambu dan sebagainya.

Itulah sumpah Sang Kelembai terhadap raja yang mementingkan diri sendiri. Istana raja yang disumpah itu terkenal hingga sekarang dengan panggilan Gua Puteri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Version : Langkawi

A long time ago there lived a strange creature on Langkawi, called Gedembai, who could turn any human or animal into anything she wished just by saying the words. If she said to someone, "You look like an ox!" that person would instantly be transformed into an ox. She could also turn people into inanimate objects such as rocks, and this meant certain death. Gedembai was feared and hated by everyone and her unusual power virtually made her the queen of the island. Her wishes were fulfilled unquestioningly and no one dared to disobey her.

She was described to appear in various forms. The Malay dictionary Kamus Dewan describes her as a ghost and the Encyclopedia Malaysiana describes her as a creature like a human being but of giant size. Both however mention her ability to turn people into stone. Contrary to what may be expected, the Langkawi Gedembai was a beautiful, luscious woman in her early thirties. Her character was devoid of love or compassion and her deadly ability taught people to stay away from her. Many people left the island and those who could not afford to leave lived in great fear. They learned that appearing docile and weak kept them safe from Gedembai, as long as they did what she wanted.

Gedembai lived in a beautiful timber house that was build for her by villagers. One day as she was walking along the beach of Tanjung Rhu, she noticed a cave and took a liking to it. This cave, called Gua Cerita, was already inhabited by a family but Gedembai turned them all to stone. For some time, stones could be found in the cave in the shape of beds, tables, pots and pans, and other household items, and of a man, woman, and three children, but they have been removed over time.

There are many stories connected to her and to people and animals who have been turned into stone, and stones shaped as animals or humans can be found all over the island. One of these stories tells of how Gedembai came across a woman giving birth. Gedembai asked what they were doing but the pregnant woman and the village midwife were so engrossed in the work of delivering the baby that they ignored her. This enraged her and she turned them all into stone: the midwife became Pulau Bidan (Midwife Island), the mother became Pulau Bunting (Pregnant Island), and the baby became Pulau Telur (Egg Island).

The story of Gedembai ends when King Solomon came to rule the earth and she lost all her powers. She tried to turn Solomon into stone but was unsuccessful and fearing his punishment, she fled to an unknown destination.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Version : Pahang 1

A variant of the Gedembai legend is told on Pahang, where she was called Sang Kelembai. Here she is described as an ugly woman with thick eyebrows, a flat nose, big elephant ears, fanged teeth, and about three times the size of a normal person. She lived along the Pahang river where she fed on the soft top leaves of bamboo plants and occasionally fruit and meat.

Similar to the Gedembai of Langkawi she had the power of transforming any human or animal into stone, but not to any other form, something Gedembai could. Another variation is that Gedembai had to wish for someone to turn into another form while Kelembai merely had to start talking to a person, which made her even more deadly. At first Kelembai did not realize she had this ability until she met a mother elephant with her young. She asked where they were going and both animals turned into stone. The story continues that after some she wandered into a village asked a man who was cooking what he was doing. The unfortunate man was turned instantly into stone. She apologized profusely to those who were present, and they all suffered the same fate.

One day, she passed by an old man cooking a big pot of broth for a wedding feast. The old man was near-sighted and did not recognize her, and so invited her to join the feast. Refusing to speak to him for fear of turning him into stone too she hurried away but in her haste she tripped and fell on her face. She was startled and muttered some words and upon saying these words the old man turned into stone. In her anger, she picked up the big cooking pot with the boiling broth and threw in into the Pahang river. The pot became an island in the big Pahang river, now called Batu Kari. The broth fell on the bank where there was a village, which subsequently came to be known as Kampung Bur, short for Kampung Bubur (bubur in Malay means "broth").

After this incident she wandered around aimlessly for a long time, moaning and cursing her fate. She came upon a village adjoining a jungle, but avoiding all human contact, she did not enter. Instead she went into the orchards to get some fruit. The villages had learned of the consequences of her curse and were rightfully scared. The elders of the village held a meeting a came up with a plan to drive Kelembai away. They took a big toothless old woman and put her in a cradle along the path of Kelembai. Then they took some tortoises and placed them around the cradle.

When Kelembai saw the cradle and the woman inside, she was astounded. She thought the old lady was a human baby for only babies were placed in cradles. Then she saw the tortoises and thought that even the fleas in this place were enormous. She came to the conclusion that everything in this village had to be very big and strong and that the humans must be veritable giants. She became afraid and thought of what would happen to her if she accidentally turned one of them into stone. They would surely punish her and tear her to pieces. So she withdrew from the village and fled into the jungle, and was never heard of or seen again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Version : Pahang 2

In a second Pahang version she is also called Gedembai/Sang Kelembai. Here she is a giantess in human form who lived in Kampung Hulu Singai. She took great pleasure in turning people into stone and did so to many villagers, including the headman Tuk Sali. One day a mysterious youth appeared in the village, smartly dressed and armed with a small kris with an ivory handle. He said his name was Putera Indera Sakti, son of the king of Panca Perseda. He asked why people were looking so sad and they told them about Gedembai. He then asked where he could find her and set out to face her. Gedembai was amused when he appeared before her and thought of humoring him before turning him into stone. She asked where he was from and what he wanted, but the youth refused to reply. This made her very angry and cursed him into stone.

To her great surprise, the prince did not turn into stone but stood there as if nothing had happened. Gedembai tried again and again, but to no avail. She became afraid and started to run away. Then the prince drew his kris, placed it to his forehead, recited some magic words, and pointed the blade towards the fleeing Gedembai. She suddenly stopped in her tracks and began shrink. She became smaller and smaller until at last she was turned into a small frog.

The villagers, who had been watching from a distance, ran forward and trampled the frog. Then they dug a deep hole and buried the frog in it. The prince then asked them to show those who had been turned into stone and they did. Again the prince drew out his kris and pointed the blade towards the stones. All the people, including their beloved headman Tuk Sali, returned to their original form. The people prepared a big feast and started to celebrate and in their excitement forgot about the prince. They searched for him everywhere but he had vanished into thin air. Then they suddenly realized that the young man might have been send to their village by God to help them overcome Gedembai and that their prayers must have been answered.

[Credit : pantheon.org]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "~~special utk incik anonymous...hehehe..~~"

  1. Anonymous Says:
    July 12, 2010 at 9:33 AM

    mak aih cik kak..ni memang xnk bg sy stadi ni...pjg gler...sy tau akak dh berusaha mencari, toche kak..hahahaha

    len kali, wat lg..nnt klu sy nk, sy btau artikel ape k...hahaha

  2. onniye*occuke says:
    July 12, 2010 at 10:02 PM

    anonymous ni, klu x khatamkan stori ni, xtau la...hahahahaha

  3. onniye*occuke says:
    July 12, 2010 at 11:46 PM

    hahaha...klu x khatamkn, mau akak majuk..hihihih...ooo...ko siap nk order artikel lg ye, dgn akak...ekau igt ekau bos syarikat penerbitan??huhuhu