TORTURA ~ seksa dan maut

entry ni khas u adik2 aku, golok n hadi...dr mggu lps lg aku dh jnji nk tnjuk gmba2 aku g TORTURA...klu ikutkn, leh je klu nk publish trus n3 ni mggu lps...adik pn dh haplod gmba siap2...tp aku rs mcm xbest plk klu stakat isik gmba, tmsuk dgn info2 tu skali...xkoser plk tiap kali nk tau ttg setiap alat tu, kene gigih klik utk zoom gmba smata2 nk bc info tu....ish...bkn stail aku tu...xpuas...cannot go tul...jadi, aku pn dgn gigihnye taip la sume2 info ttg alat ni seme...sakit tgn i,tawww....bhari2 i taip...tu y lmbt tu....sob2...amcm, sedih x??kesian x kat aku??x???heh!!xde sipat kemanusiaan lgsg!!

haha...ni la dia 2 adik manis y menceriakan abang2 ( ke adik2??huwaaa...aku dh mkin tua...sob2) y jg pintu masuk pameran tu...y kurus jadik jurumakera, y lemak melantun2 tu jadi jurupandu...hehehe...

silap tul g amik gmba dpn2 pintu masuk tu...xpepasal abg/adik tu nmpk kitorg bwk kamera...tpksa la kitorg byr RM6 + RM6 + RM5..rugi duit aku, di masa2 gawat ni...hehehe...aaa....aku tau, korg y nk g pameran ni esok2 mesti nk sorok kamera korg,kn?? sbb xnk byr RM5,kn??bajet aku xtau la tu niat busuk kat hati korg!!huhuhu....jgn risau adik2...jgn bkira sgt stakat RM5 tu...kite byr la...kene la jujur...klu kite bwk n nk guna kamera ni utk amik gmba2 dlm ni, jadi kite kene la byr utk khidmat ni...ape sgt la 5 hengget tu klu nk dibandingkn dgn ilmu y kite akan dapat drpd pameran ni...tul x....hehe..renung2kn...ngeh3...

xsempat lg masuk, diorg dh pancing aku ngan bendalah ni...eleh, nk attract aku la tu...huhu...so, pengembaraan kite ke zaman ptengahan di Eropah dh pun bmula...meh la kite usha 1 demi 1 alat2 seksaan ni...spy kite leh sama2 insaf dan bsyukur, btapa btuahnya kite sbb lahir d zmn skrg, bknnye di zaman dulu, di mana 'seksaan' adlh 'medium' utk mhukum/mengadili kesalahan manusia...takutttt....huhuhuhu...tp aku nk warning korg korg korg korg sume....klu korg g tgk pameran ni nnt, jgn tiru mcm kitorg...ade bnde y xleh disentuh, tp kitorg terrrrrrLUPE, jd kitorg g posing ngan alat2 ni..mahapkn kami..hehe..hehe..hehe..hehe...[sbnany bkn kitorg lupe...kitorg mmg sngaja g posing...soyiiiii...tami janji x uat agiii...soyiiiii.... =( ]

=====================================================================
~ GANTUNG DALAM SANGKAR DAN DIRANTAI ~


Seperti yang dinyatakan, pesalah yang dihukum gantung dalam sangkar berkeadaan lapar dan dahaga serta menerima kesan cuaca yang tidak menentu seperti panas dan sejuk.

Menggantung pesalah dengan rantai mempunyai tujuan yang berlainan. Pesalah digantung dengan menggunakan tali yang disaluti damar cair yang panas bagi membolehkan mayatnya mengalami pereputan yang lambat. Keadaan ini menjadikan pesalah mati secara lebih azab.

Badan mayat yang disaluti damar tadi akan melalui proses pereputan yang lama malah boleh bertahan sehingga berbulan-bulan bergantung kepada keadaan cuaca. Untuk memastikan anggota badan tidak terjatuh, tubuh badan pesalah dibalut dengan rantai, kain atau tali dan digantung di khalayak ramai bagi tujuan memberikan iktibar kepada mereka.

Hukuman sebegini pernah berlaku di England pada akhir tahun 1834 di mana pesalah digantung sehingga mati. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya lanun dan penyeludup. Walau bagaimanapun, hukuman sebegini tidak lagi dilaksanakan setelah undang-undang baru telah diperkenalkan pada tahun 1834.

=====================================================================
~ SAINT VINCENT ~



Vincent, dilahirkan dari keluarga bangsawan, telah dihantar ke biskop Saragoza, Valerius bagi memastikan pendidikannya terjamin. Valerius melantik beliau sebagai paderi besar dan meminta beliau berdakwah di tempatnya. Diocletian mengeluarkan arahan bagi menentang ajaran Kristian pada waktu tersebut. Walaupun diancam, Valerius dan Vincent meneruskan usaha dakwah dan disebabkan itu mereka telah dipenjarakan oleh Dacianus. Mereka dibawa ke mahkamah di Valencia di mana mereka telah didera dan dipaksa menukar agama, namun mereka tetap berdegil. Oleh itu, Valerius telah dibuang negeri dan Vincent terus didera dengan diikat pada kuda. Walaupun sudah tidak berdaya, matanya tetap melihat ke arah syurga dan terus berdoa, seolah-olah tidak terkesan oleh seksaan itu. Dacianus merasakan seksaan yang diberikan terlalu ringan lalu mengarahkan agar badan Vincent dicangkuk menggunakan besi. Kerana tiada tindak balas, Dacianus mengarahkan Vincent diseksa di atas gril panas dan mata pisau panas berbentuk daun. Beliau kemudiannya diletakkan di atas serpihan tembikar agar lukanya tidak akan sembuh. Vincent mati pada 22 Januari 304M. Saint Vincent adalah pelindung kepada anak yatim, balu dan fakir miskin. Beliau diraikan pada 22 Januari.

=====================================================================
~ ALAT PASUNG ROM ~


Ia merupakan asal usul kepada alat pasungan. Kepala mangsa tidak dipenggal menggunakan mata pisau tajam tetapi oleh hentakan sudut kayu yang tumpul, yang akan mengoyak dan memotong daging serta tulang leher akibat hentakan yang kuat.


=====================================================================

~THE GUILLOTINE ~



Walaupun penderaan ini sering dikaitkan dengan Revolusi Perancis pada tahun 1789-93 serta hukuman bunuh di Perancis, secara realitinya alatan ini telah lama wujud. Ia telah direka oleh seorang ahli fizik Perancis bernama Joseph Ignace Guillotin. Beliau dilahirkan di Saintes pada tahun 1738 dan telah dipilih untuk menyertai Perhimpunan Negara pada tahun 1789. Hukuman mati dengan ‘cepat’ tidak lagi menjadi hak golongan bangsawan dan pihak atasan. Setelah beberapa eksperimen terhadap penggunaan alat ini, ia telah ditempatkan di Place de Greve di Paris pada 4 April 1792. Pelaksanaan hukuman pertama menggunakan alatan ini dilakukan di khalayak ramai pada 25 April 1794. Fakta sains mendapati pemotongan kepala menggunakan kapak atau ‘guillotine’ ini merupakan satu cara pancungan.


haha...slambe jek adik g godek bakul, amik kepala y dh kene pancung...tp bl dgr bunyi tapak kaki org dtg, tau pn mencicit lari g ltak balik...pondan tul adik ni!!huhu...klu tgk air muke mamat kene pancung ni, mmg sadis...seksa tul smpi tkluar lidah...huhuhu...tp y adik sedih lbih2 ni awat?? lo...lama2 tgk gmba ni, jd sedih sbb tgk dia...bkn sbb tgk mamat tu...hahaha....

=====================================================================
~ KAPAK PEMOTONG TANGAN DAN KAKI ~
~ KAPAK DAN TAKAL ~


~ KAPAK PEMOTONG TANGAN DAN KAKI ~
Memotong tangan pencuri masih diamalkan di beberapa negara Islam. Di Eropah, ia merupakan prosedur biasa sehingga penghujung abad ke lapan belas. Kaedah yang digunakan untuk memotong tangan pencuri adalah dengan meletakkan tangan pencuri yang dialas dengan besi kemudian dipotong.

~ KAPAK DAN TAKAL ~
Seperti pedang dan ‘Guillotine’, mati dengan ‘cepat’ melalui pancungan kepala hanya berhak digunakan ke atas golongan atasan. Sebagaimana pedang, kapak turut digunakan di England, sebahagian besar Itali dan juga di Selatan Perancis. Penggunaan pedang banyak terdapat di negara Jerman, Paris dan kawasan alpine, Itali.

=====================================================================
~ RODA ~


Apabila membicarakan tentang hukuman di atas roda, sesuatu yang terbayang di minda adalah pesalah akan diikat pada roda berduri dan kemudiannya dibiarkan menderita sampai mati. Terdapat beberapa jenis dan saiz roda di mana mangsa akan diikat pada roda yang terdapat besi tajam di atasnya dan berputar. Badan mangsa akan terkoyak akibat ikatan kuat pada roda dan tusukan besi tajam sewaktu roda berputar. Roda ini juga sering digunakan untuk membakar mangsa hidup-hidup di atas bara atau api. Sewaktu berputar dengan pantas, tubuh mangsa akan tersiat oleh besi tajam dan akhirnya akan hancur.


=====================================================================

~ PEROGOL BERSIRI ~


haha...y 'bersiri' tu bkn y pakai kain kuning, ye...tp y 'tgh mengintai di bwh tudung saji' tu...ekekekeke...sian abg hitam ni, dinodai....cettt!!

=====================================================================
~ ‘GARROTE’ ~

Terdapat dua jenis ‘garrote’ iaitu ‘garrote’ dari Sepanyol yang mempunyai skru di belakang kolar besi dan ‘garrote’ Catalonian. Alat yang dipamerkan diperbuat daripada besi yang berfungsi untuk mencucuk tulang leher pesalah. Pada masa yang sama, ia akan menolak bahagian leher dan memecahkan tekak yang menyebabkan kematian. Pencucuk ini sebenarnya menambahkan lagi azab yang diterima pesalah.

‘Garrote’ jenis pertama digunakan di Sepanyol sehingga kematian Franco pada 1975 dan hukuman sebegini kemudiannya digugurkan. ‘Garrote’ jenis kedua pula masih digunakan pada awal kurun ke-20 iaitu di Catalonia dan beberapa tempat di Amerika Latin. Ia turut digunakan oleh beberapa buah negara bagi menghukum pesalah dan juga anggota polis. Penyucuk besi di bahagian belakang bukan sahaja melambatkan seseorang pesalah itu menemui ajal, malah ia sebenarnya menambah azab derita yang diterimanya.

‘Garrote’ yang dipamerkan ini dipercayai dibawa dari bandar Ripoll dan dijumpai di kawasan perniagaan barangan antik.


~ ......... ~


=====================================================================

~ GERGAJI ~

Illustrasi gergaji yang dipamerkan adalah peralatan untuk memotong kayu yang dihasilkan oleh Lukas Cranach pada tahun 1548 dan gergaji panel seramik dari Bohemian pada kurun ke-18. Gergaji yang dipamerkan ini pula adalah contoh gergaji antik yang berusia bertahun-tahun lamanya.

Gergaji ini dipercayai digunakan untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan seperti homoseks dan juga lesbian. Pesalah akan digantung terlebih dahulu secara terbalik. Ia bertujuan untuk memastikan darah dalam badan tidak hilang dengan begitu cepat. Di samping itu, ia bertujuan untuk memastikan darah yang membekalkan oksigen ke bahagian kepala dapat bertahan lama dan keadaan ini akan melambatkan seseorang pesalah itu menemui maut.

Pada akhir kurun ke-18, hukuman sebegini dikenakan ke atas tentera pertahanan Sepanyol. Ia juga turut dilakukan ke atas orang-orang Perancis, Britain dan Jerman.


=====================================================================

~ SAINT EUSEBIUS ~

Eusebius dan Saint Ponziano, Vincet dan Pellegrino, lahir sewaktu pemerintahan Maharaja Commodus (180-92). Setelah memeluk agama Kristian, Eusebius mengagih harta kekayaannya kepada orang miskin. Apabila maharaja memerintahkan beliau untuk menyembah Jupiter dan Hercules, beliau menolak. Beliau berjaya memujuk senator Julius untuk menukar agama, dan turut berkongsi kekayaannya dengan orang miskin, namun Vitello telah memerintahkan beliau didera hingga mati. Teman-teman telah mengebumi jasadnya dan mereka memberi penghormatan terakhir. Disebabkan itu, mereka juga telah ditangkap dan didera dengan kejam. Dibaringkan di atas jaring, badan mereka ditarik sehingga tegang, dipukul dengan kayu dan dibakar di pinggul. Keengganan untuk menukar kepercayaan telah menyebabkan mereka dipukul dengan rantai yang dipasang bahan pemberat. Mayat mereka di tanam di 2 persimpangan, enam batu dari Rom.


=====================================================================

~ SAINT SEVERA ~


Severa dilahirkan sewaktu pemerintahan Diocletian, anak kepada Maximus dan Seconda, yang telah mati syahid beberapa hari sebelum anak gadis mereka. Selepas kematian Maximus dan Seconda, pemerintah menghantar paderi diraja menemui Severa dan adiknya Calendino serta Marcus untuk memujuk mereka menyerahkan harta kekayaan keluarganya kepada kerajaan. Severa menyatakan kepada paderi tersebut, dia akan dapat melihat harta-harta tersebut, sekiranya dia memeluk agama Kristian. Paderi tersebut bersetuju untuk menukar agamanya dan mula memahami misteri agama itu. Pada malam tersebut, paderi itu telah didapati bersalah kerana mengkhianati pemerintah dan dihukum bunuh. Keesokan harinya, Severa dan adik-adiknya dibunuh menggunakan pemberat plumbum dan tubuh mereka diberi kepada anjing. Pembunuhan ini dilakukan di Pigris, 35 batu dari Rom, yang kini dikenali sebagai Saint Severa dan diraikan pada 3 Jun.


=====================================================================

~ ‘GAOLERS’ POLE ARMS’ ~

Digunakan di penjara tentera untuk mengawal banduan yang penuh sesak. Alat ini mempunyai bulatan besar yang mempunyai perangkap terbuka berbentuk ‘V’ pada dua meter (enam kaki) terakhir di hujung tiang. Sekiranya banduan cuba melarikan diri atau bersembunyi di khalayak ramai, pihak tentera akan menjerat leher mereka dari jauh. Mereka tiada pilihan dan harus mengikut dengan memberi kerjasama. Masih digunakan sehingga kini di sesetengah negara dan juga menjadi sebahagian dari peralatan semasa latihan pasukan pencegah rusuhan untuk menumpaskan perusuh.


~ .... ~



=====================================================================
~ ALAT PENGHANCUR KEPALA ~


Hukuman menghancurkan kepala direkodkan berdasarkan kepada sumber pada awal Zaman Pertengahan. Hukuman ini menjadi amalan dan sanjungan kebanyakan kuasa pemerintah. Ia dijalankan dengan meletakkan dagu pesalah pada posisi yang paling rendah. Kemudian, penutup kepala ini ditekan ke bawah dengan memutarkan skrunya.

Apabila ditekan, ia akan mengakibatkan gigi pesalah hancur akibat renyukan alat tersebut. Penggunaan alat ini juga boleh menyebabkan otak pesalah terpancut dari tempurung kepala.

Walaupun hukuman sebegini tidak lagi dijalankan, alat ini masih digunakan bagi tujuan penyiasatan di mana dagu pesalah akan dialas dengan benda lembut agar tidak meninggalkan kesan ke atas mangsa.


=====================================================================

~ ‘SCAVENGER’S DAUGHTER’ ATAU ‘STORK’ ~


Pertama kali melihatnya, ia dianggap sebagai alat yang digunakan untuk perhambaan dan penahanan. Ia kurang digeruni berbanding dengan sebahagian besar peralatan hukuman yang lain. Alat ini boleh merangsang kekejangan yang amat menyakitkan dalam keadaan yang cepat pada bahagian perut dan otot rektum, juga di bahagian dada, leher, lengan dan kaki. Kekejangan boleh menyebabkan pesalah menjadi gila akibat kesakitan yang teruk. Kesakitan ini dirasai terutama di dalam usus dan abdomen.

Kebanyakan daripada alat yang tersimpan di Menara London dikenal pasti sebagai alat yang dipamerkan ini. Perkataan Itali Cicogna “stork”, yang digunakan untuk menggambarkan alat ini dipetik dari Muratori yang dirujuk daripada arkib penyiasatan dan kehakiman pada tahun 1500-1650.


=====================================================================

~ ‘CAT’S PAW’ JUGA DIPANGGIL ‘SPANISH TICKLER’ ~

Saiz alat ini sebesar jari tangan. Biasanya mempunyai pemegang dan digunakan untuk mengoyak bahagian anggota badan pesalah seperti di muka, kemaluan dan lain-lain bahagian.


=====================================================================
~RANTAI CEMETI ~


Alat ini dipanggil sebagai senjata peperangan. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz cemeti iaitu yang mempunyai dua, tiga malahan lapan rantai untuk pelbagai kegunaan. Terdapat juga cemeti yang ditambah dengan bentuk bintang dan juga pisau cukur yang tajam. Sehingga hari ini, penggunaanya masih dikekalkan untuk merotan tubuh badan pesalah. Pesalah yang dihukum akan dirotan di badan sehingga menyebabkan daging mereka hancur lalu menampakkan tulang. Tanggapan yang mengatakan ia adalah senjata peperangan adalah terbukti benar kerana padah yang diterima oleh pesalah sama seperti kesan bertempur di medan perang.

Hukuman menggunakan cemeti kepada pesalah yang paling dikehendaki dalam konteks hari ini adalah kaedah yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada tubuh badan pesalah malah ia lebih berbentuk propaganda untuk mendapatkan maklum balas.


=====================================================================

~ PEMISAH LUTUT ~


Alat ini digunakan untuk mencederakan pesalah di bahagian tangan dan juga kaki. Ia turut digunakan untuk mencederakan lutut dan siku.


=====================================================================

~ PENCABUT KUKU ~


Penyiksaan ini sangat mudah dan berkesan untuk membuat pesalah mengaku akan kesalahannya. Cara sedemikian telah lama digunakan sejak zaman dahulu di mana kuku pesalah ditarik dengan sejenis alat berpalang yang boleh dimasukkan kedua-dua ibu jari dan jari-jari yang lain. Kesakitan yang berulang dialami mangsa akan membuatkannya merasa terseksa dan memudahkan siasatan dilaksanakan.


=====================================================================

~ ‘HERETIC’S FORK’ ~


Pencucuk ini digunakan supaya seseorang itu mengaku kesalahannya walaupun terpaksa berbisik. Ia mempunyai empat bilah pencucuk yang tajam untuk menyeksa pesalah dengan menusuk dagu mangsa hingga ke tulang dada. Jika pesalah ini berbangsa Sepanyol dan enggan membuat perakuan, maka dia akan diseksa dengan lebih teruk serta dibiarkan mati dalam keadaan keji. Jika pesalah berbangsa Rom pula, dia akan dibakar dan jasadnya dikebumikan mengikut adat agama Kristian.


=====================================================================

~ LEMBU JANTAN FALARIDE ~


Perillus telah mencipta alat ini untuk mengampu Raga Phalari, iaitu seorang raja zalim yang menawarkan hadiah kepada mereka yang berjaya mencipta alat untuk menyeksa manusia.

Lembu besi yang mempunyai pintu masuk melalui bahagian rusuk digunakan untuk membakar pesalah yang dimasukkan ke dalamnya. Pekikan orang yang menjerit kerana dibakar, dikatakan mirip bunyi lembu mendenguh. Malangnya Perillus sendiri telah dijadikan mangsa percubaan pertama Raja Phalari. Namun demikian, akhirnya Raja Phalari turut dibakar di dalam alat ini oleh rakyatnya kerana kezaliman baginda.


=====================================================================

~ ALAT PEMANGGANG ~


Alat ini dikatakan cara paling sesuai untuk membakar mangsa. Pemanggang besi ini diletakkan di atas bara dan mangsa dibaringkan di atasnya sehingga mati secara perlahan-lahan. Sewaktu hukuman ini dijalankan, mangsa turut ditusuk dengan pedang dan tombak.


masa untuk main2...hehehe....xsenonoh tul 2 org nih, g cilok rambut org y kene panggang tu...klu la ade cctv, mmg berambat dh kitorg be2 dgn org ctu...hahaha....tp gmba y 1st ni mmg xde tandingan la....dgn cara pegang rmbutnye...dgn renungan matanya...dgn 'senget' bdnnya itu,owhhhh.....geli!!haktuihhhhhhh tuihhhhhhh!!!!!!!!


=====================================================================
~ BESI PENANDA ~


Alat ini digunakan untuk menanda pesalah. Biasanya tanda tersebut akan dikenakan di tulang belikat, pipi atau pun dahi. Pesalah akan dikategorikan mengikut simbol-simbol tertentu.

=====================================================================
~ IRON MAIDEN’ NUREMBERG ~


Alat ini dinamakan ‘Iron Maiden’. Ia mempunyai dua pintu yang mengandungi besi tajam (seperti paku) di bahagian dalamnya. Pesalah yang menerima hukuman akan dimasukkan ke dalam alat ini. Apabila pintu tersebut ditutup, besi-besi tajam yang terdapat di pintu akan mencucuk ke beberapa bahagian anggota badan seperti tangan, kaki, dada, kemaluan, bahu, mata dan tempat-tempat lain.Justify Full

Ia telah digunakan beberapa abad yang lalu. Mereka yang menerima hukuman akan menderita beberapa lama sebelum pesalah menemui maut. Berkemungkinan besi-besi tajam yang terdapat di bahagian pintu tersebut diubah kedudukannya berdasarkan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah.


=====================================================================

~ HUKUMAN AIR ~



Melaksanakan hukuman menggunakan air merupakan salah satu penyiksaan yang paling kejam pernah dilakukan. Dengan menyendengkan kedua-dua belah kaki ke bawah, pesalah berkenaan dipaksa menelan air dalam jumlah yang banyak. Ini dilakukan dengan meletakkan corong ke dalam mulut manakala hidungnya akan disepit. Pesalah terpaksa membiarkan kesemua air yang melalui corong itu masuk ke dalam mulutnya sebelum dapat menarik nafas. Keadaan ini menyebabkan pesalah merasa takut untuk berhadapan dengan maut akibat kelemasan.

Setelah perutnya kembung, badan mereka akan dipukul dengan posisi kepala mereka dipusingkan ke bawah. Ini menyebabkan ia rasa tertekan terutamanya di bahagian jantung dan paru-paru.

Hukuman sebegini masih lagi dipraktikkan dengan meluas. Ia meninggalkan kesan yang kekal ke atas pesalah iaitu kerosakan pada gegendang telinga dan juga jantung.


=====================================================================

~ RAGUM DAN PENYEPIT ~

Alat ini digunakan untuk menyepit mana-mana bahagian badan manusia. Playar contohnya, digunakan terutama pada hidung, jari tangan, lutut dan puting buah dada. Ragum yang berbentuk seekor buaya seperti yang dipamerkan digunakan untuk merenggut alat sulit lelaki.

Hukuman yang dilaksanakan ini tidak bermaksud untuk menyiksa kaum wanita meskipun ia sebenarnya diakui sebagai satu bentuk kekejaman. Sebenarnya hukuman ini bersifat penyiksaan. Mereka yang melakukan hubungan sulit tanpa berkahwin turut didakwa dan dihukum menggunakan peralatan sedemikian.


=====================================================================

~ PENYIAT PAYUDARA ~



Alat ini digunakan untuk wanita yang melakukan kesalahan-kesalahan seperti perlakuan sumbang, pengguguran, kufur dan jenayah-jenayah lain. Sehingga kurun ke 18, ia masih digunakan di sesetengah tempat di Perancis dan Jerman bagi mereka yang mengandung anak luar nikah. Selain digunakan sebagai alat penyeksaan, ia juga turut digunakan sewaktu soal siasat dijalankan bagi menakutkan pesalah.


=====================================================================

~ CAWAT BESI ~

Alat ini digunakan untuk memastikan kesetiaan isteri apabila suami terpaksa merantau jauh. Terdapat beberapa perbezaan pada alat ini iaitu VIC’, yang digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya kes-kes rogol. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa kelemahan. Wanita yang memakai cawat besi merupakan salah satu cara untuk melindungi diri mereka dari diperkosa. Berdasarkan kepada kesan daripada pemakaiannya, boleh dikatakan ia merupakan satu penyiksaan terhadap wanita.


=====================================================================

~ PASUNG ~


Terdapat dua buah perbezaan pada alat ini. Pertama, pasung yang dipamerkan ini disarungkan ke dalam badan pesalah dan diarak di sepanjang jalan. Pesalah akan mengalami kesengsaraan psikologi yang teruk lebih-lebih lagi sekiranya mereka terlalu uzur, lemah dan kedudukan pasung yang tidak seimbang.

Perbezaan yang kedua ialah ia seakan-akan sebuah bekas air yang tertutup di kedua-dua bahagian atas dan bawah. Bekas ini diletakkan di atas kereta kuda atau sebuah gerabak. Pesalah akan dimasukkan ke dalam pasung dan hanya kepala mereka sahaja dikeluarkan. Ruangan kosong di dalam pasung tersebut akan diisi dengan benda-benda kotor.

Mereka yang menerima hukuman sebegini lama-kelamaan akan meninggal dunia disebabkan kesan luka di badan mereka.


=====================================================================
~ GARI KAYU UNTUK KAKI DAN TANGAN ATAU PASUNG ~


Tangan dan kaki pesalah akan dikunci pada satu lubang yang mempunyai pengikat besi. Mereka diletakkan di kawasan lapang bagi membolehkan orang ramai menyucuk, menampar dan melempar najis. Pada kebiasaannya, pesalah akan dipukul dengan teruk, dilontar dengan batu, dibakar, ditetak malah ada yang mengudungkan tangan mereka.

Pesalah juga digeletek secara berterusan di tapak kaki dan tulang rusuk sehingga tidak dapat menahan rasa geli. Bagi pesalah yang telah melakukan kesalahan kecil, mereka akan melepasi penyeksaan ini dengan hanya sedikit kesan lebam.

Dewasa ini, kebanyakan buku cerita kanak-kanak dan tayangan filem hanya memberi gambaran umum mengenai hukuman ini dalam bentuk jenaka. Pesalah yang bengis akan ditempatkan di khalayak ramai dan dilepaskan apabila mendapat belas kasihan mereka.


=====================================================================

~ KERUSI SOAL SIASAT ~


Ia (kanan) adalah asas yang dilaksanakan hasil ciptaan penyiasat undang-undang. Mangsa akan mengalami penderitaan serta-merta dengan kejam. Soalan-soalan diajukan dan mangsa akan dipukul atau digoyangkan tubuh mereka supaya memberi jawapan terhadap soalan yang ditanya. Mangsa selalunya disoal dalam keadaan telanjang. Kebiasaannya tempat duduk diperbuat daripada besi yang boleh dipanaskan dengan bara atau obor. Pada masa sekarang, alat penyeksaan ini disempurnakan dengan menggunakan kuasa elektrik.


=====================================================================

~ SHREW’S FIDDLES – “PEREMPUAN BENGIS” ~


Fungsi alat ini hampir sama dengan “Branks” di mana pergelangan tangan dan leher mangsa dikunci / diikat bagi tujuan menyakiti bahagian tulang belakang.

Hukuman ini lazimnya dikenakan ke atas wanita yang dianggap bengis dan sukar beralah. “Fiddles” atau “perempuan bengis” digunakan di Switzerland dan beberapa daerah di Jerman.


ni pun ala2....


~ .....~


=====================================================================
~ HUKUMAN DI LEHER DENGAN PEMBERAT ~

Pesalah yang menerima hukuman dengan cara ini akan digantung di leher untuk satu tempoh masa tertentu sama ada seminggu, sebulan, setahun malah sepanjang hidup mereka. Di bahagian leher alat yang dipamerkan ini diperbuat daripada besi dan digantung bersama batu yang beratnya 27 paun. Ia akan digantung sama ada di leher, tangan atau di mana-mana bahagian anggota pesalah. Kesannya, bahagian anggota pesalah akan terluka dan berdarah, keadaan ini akan mengambil masa yang lama untuk pesalah menemui maut.

Pemberat daripada batu yang dipamerkan ini berupa wajah pesalah yang diukir tanpa mata dan dalam keadaan muram.


=====================================================================

~ JOCK’S MARE ~

Mangsa dipaksa menunggang alat ini dengan kaki mereka diikat batu yang semakin lama semakin berat dan meninggalkan kesan. Selepas beberapa jam atau beberapa hari, kaki mangsa mula mengalami pereputan di beberapa bahagian terutama di celah-celah kelangkang sehingga ke skrotum dan rektum. Jock’s Mare pada dasarnya merupakan salah satu hukuman ketenteraan yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Alat ini sering dipersoalkan penggunaannya berdasarkan peraturan sivil di mahkamah.


=====================================================================

~ JUDAS CRADLE ~


Pesalah yang menerima hukuman akan digantung seperti mana yang ditunjukkan di dalam ilustrasi. Badan pesalah akan direndahkan sehingga mencecah ke hujung piramid menepati dubur atau kemaluannya. Pesalah akan menanggung kesakitan akibat daripada berat badan mereka sendiri. Cara ini akan dilakukan secara berulang-ulang kali.

Di Itali, ‘judas cradle’ dipanggil ‘culla di Giuda’ manakala di Jerman disebut sebagai ‘la veilla’, ‘the wake’ atau ‘tontonan waktu malam’.

Kini cara ini banyak digunakan oleh pihak berkuasa polis dan kerajaan di Amerika Latin. Ia diperbaharui dengan memasang aliran elektrik di setiap pergelangan dan juga di hujung piramid.


=====================================================================

~ RANTAI LEHER BERBENTUK DAUN TERUP, DADU DAN PIPE ~


Pesalah akan dipaksa memakai rantai leher ini adalah pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana bermain daun terup, bermain dadu atau menghisap candu.

Pesalah akan berasa malu bila memakai rantai leher ini di khalayak ramai. Kebiasaannya pesalah akan dilontar dengan batu, dipukul, ditetak malah ada yang mengudungkan tangan mereka.


=====================================================================

~ ‘NECKLACES’ UNTUK ORANG JAHAT DAN YANG MALAS KE GEREJA ~



Kalung ini dipakai oleh mereka yang tidak berguna atau dianggap sampah masyarakat. Pesalah akan dibiarkan di tempat awam dan mereka akan menanggung kesakitan malah ada kalanya serius yang membawa kepada kematian.

Kalung ini berupa rantai yang diperbuat daripada kayu keras seperti botol kayu yang sama beratnya. Pesalah yang didapati mabuk atau peniaga yang suka menipu akan digantung di leher mereka dengan kepingan besi yang besar. Bagi pemburu haram pula, mereka akan dikalungkan dengan bangkai binatang buruan mereka sehinggalah bangkai tersebut hancur dan reput. Penyeksaan ini amat berkesan terutama pada musim panas.

Bagi pesalah yang malas datang ke gereja pada hari ahad, mereka akan diberi amaran terlebih dahulu oleh kedua-dua ibu bapa sebelum ditahan. Hukuman menggunakan kalung ini meninggalkan kesan kesakitan yang mendalam.


=====================================================================

~ RAK (PARA) ~


Alat ini merupakan antara alat hukuman tertua yang pernah digunakan. Pesalah yang menerima hukuman akan dibaringkan di atasnya dengan keadaan tangan dan kaki terikat. Tangan dan kaki pesalah kemudiannya ditarik menggunakan tali sehingga ia terkeluar dari sendi tulang. Kajian sains menunjukkan bahawa hukuman sebegini boleh memanjangkan badan seseorang beberapa inci.

Alat yang dipamerkan mempunyai sebatang kayu yang dilengkapi dengan benda tajam.


=====================================================================
~ ALAT PENARIK USUS ~

Penderaan dengan menarik usus sering dilakukan sebagai salah satu cara hukuman. Perut mangsa akan dibelah dan usus akan dicangkuk keluar menggunakan tali yang terikat pada penggulung yang kemudiannya ditarik secara perlahan-lahan. Selalunya mangsa masih bernyawa sewaktu hukuman ini dijalankan.


=====================================================================

~ TANGGA PENAREK ~

~ TANGGA SEKSAAN ~


Pesalah yang menerima hukuman akan dibaringkan di atas tangga yang dicondongkan dengan keadaan tangan dan kaki diikat.Dengan posisi tersebut, pesalah terdedah kepada penyeksaan yang lebih kejam seperti dipukul dengan kejam dan lain-lain lagi.



Constitutio Criminalis Theresiana 1769 – dalam rujukan lanjut mengenai ‘thumbscrews’ (skru tangan) – pesalah akan diregangkan di tangga tersebut seperti mana yang ditunjukkan dalam ukiran. Cara penyiksaan ini sama seperti yang digunakan dengan alat ‘Pendulum’ dan ‘Rack’. Sekiranya mangsa telah lumpuh dan mengalami kecederaan pada anggota dan hampir mati, namun masih bertahan dan tidak mengaku kesalahannya, mahkamah berhak untuk mengampunkan pesalah tersebut.

=====================================================================



stakat tu je la pengembaraan kite ke Eropah,ye...hehehehe.....rasa2nya kitorg bedua la y pling lama duk dlm tpt pameran tu....org dh bganti masuk, klua...sbb diorg y msuk ni stakat tgk kjap2 je...aiyooo...rugi maaa....duit byr, ilmu xseberapa y dpt...rugi..rugi...tp tu pilihan diorg..xpe la...mgkin bkn minat diorg kot...lain plk dgn kitorg...klu org lain dh bsilih ganti msuk kuar, kitorg ni plk xjgk klua2...klu xsilap aku, 2jam kot kitorg dlm tu...mana x nye, stiap alat tu kitorg bc, tgk, hayati btul2....boleh kata hr tu sgt2 bbaloi la bg kitorg...xrugi duit RM17 tu, klu nk dibandingkan dgn ilmu y kitorg dpt hr tu.....

puhhhh!!! menang la aku tahun ini, adonyo...puhhh!!!!hahahaha
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "TORTURA ~ seksa dan maut"

  1. Anonymous Says:
    May 25, 2011 at 12:46 PM

    penuh info..gud job la awak!