bl melayu pn ikut bunuh dr (X_X)

hr ni dh hr rabu, tp aku br nk start bc sok kaba ahad lepas...huhu...aku mmg gini sokmo...bizi...kdg2 dh smggu, br la mgelabah nk bc paper mggu lps...ape x nye, duk bz melayan nota kuliah la, crik soalan u tutorial la....tp korg jgn slh sgka plk...aku still tgk news tiap2 hr...current issues pun aku usha gak, tp kat tenet la...cume paper je la aku xsempat...mcm hr ni, lps kemas2 umah, tgn aku sempat la tarik harian metro jap...ahad punye,jah..huhu...xpe la lmbt pn, asalk bc,kn...huhu...

aku belek page 3, aku nmpk la 1 tajuk : Mati tergantung...bc pny bc, mmg sah!! kes bunuh dr...aku try google psl news ni, tp xdek plk dlm hmetro via tenet...so, xpe la...aku paste y sinar harian je la,k...jom kite bc jap...


Bapa lima anak mati tergantung
18/4/2010

BACHOK - Seorang bapa lima anak
ditemui mati tergantung di rumahnya di Kampung Kandis, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh berkata, mangsa Mohd Ezani Ghani, 36, ditemui tergantung di sebuah bilik kosong di rumah berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Pemeriksaan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah. Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HPRZ) II untuk bedah siasat,” katanya. Yahya berkata, mangsa yang bekerja sendiri meninggalkan isteri Musrina Mohamad, 32, anak-anak berusia antara 13 hingga lima tahun.

Ibu mangsa, Wan Mah Wan Jusoh, 73, berkata, mangsa yang sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama isterinya, kini tinggal bersendirian di rumah berkenaan. “Dulu dia tinggal bersama Mak Cik. Tetapi sejak Ramadan lalu, Mak Cik tinggal di sini bersama seorang lagi anak dan dia tinggal bersendiri di rumah berkenaan,” katanya. Wan Mah berkata, malam sebelum kejadian mangsa yang merupakan anak bongsunya menunjukkan perubahan sikap apabila rajin mengemas dan membersihkan rumah berkenaan.

Menurutnya, pada malam itu juga mangsa berjumpa isterinya yang kebetulan datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa mangsa dan menyelesaikan beberapa perkara berhubung anak mereka. Manakala Musrina ketika ditemui di rumah abang iparnya yang terletak bersebelahan rumah berkenaan berkata, kedatangannya semalam bagi mendapatkan sijil kelahiran dan mendapatkan surat pertukaran sekolah anak-anak mereka yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kandis, di sini. “Saya kini tinggal di Perasu, Gua Musang dan kedatangan saya untuk mendapatkan sijil kelahiran anak bongsu kami untuk urusan kemasukan ke sekolah selain mendapatkan sijil pertukaran anak-anak untuk menyambung persekolahan di sana,” katanya. Musrina berkata, dia berjumpa suaminya malam tadi dan mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan.
credit : sinar harian

aku sbnany pelik...sbb dlm tempoh 3,4 thun kebelakangan ni, rasanya mkin byk berita y aku dgr ttg kes bunuh dr d kalangan org melayu..atau pn seng cite, org islam la...tiap kali aku bc brita ttg bunuh dr, 1st reaction aku, besenya aku akn carik, org melayu ke x...klu x, lega ckit aku rs....bknny aku xconcern klu y meninggal tu org non-muslim, x....aku still concern...cume aku lg rs tsentuh klu mangsa tu adalah org kita...melayu..y bmkna islam....klu la mgsa tu islam, jantung aku ni slalu bdegup laju...mcm2 y bmain dlm pale hotak aku ni...sedih, takut, simpati...sume ade...knp msti bunuh dr? knp smpi mcm tu skali? xtakut nk mati ke? xtakut sakit mati? xgerun ke bl igt ustaz2 dl cite mcmana sakitny mati?????

aku ni bknnye bgus sgt dlm bab2 agama ni, tp selemah2 aku la sbg org islam, aku rs aku sgt2 takut dgn perkataan 'bunuh dr' ni...sejahil2 aku, aku still ade prsaan takut u pk ttg 'bunuh dr'..smpikn aku penah btau adik2 aku, 'sejahat mn pn kite, igt 1 perkara..jgn skali2 wat 2 bnde ni....bunuh dr, syirik...' [y lain tu bkn xnk btau, tp tu jah y aku tringat...huhuhuh...] tp ckup la u buktikan y aku mmg tkut gile bab* dgn pkataan 'bunuh dr' tu sndiri...tu br pk, lbih2 tu lg la...mtk Allah jauhk la kluarga aku dan korg2 smua...amin......

aku ni bkn pe...bkn ke ms kite skolah even skolah rendah lg, ustaz/ustazah kite penah/slalu cite psl seksaan klu bunuh dr ni..kat akhirat nnt kite akn ulang2 sebagaimana cara bunuh dr kat dunia ni, kan..wallahu a'lam...tp crita2 ustaz aku dulu btul2 ckup buat aku seriau....aku igt lg ustaz kata...sejahat mn pn, jgn smpi bunuh dr...sbb mbunuh skalipn, rogol org ke, edar dadah ke, klu dberi kesempatan, umur kite msih pjg, kite still bleh btaubat lg...tp klu dh bunuh dr, mn ade ms dh nk btaubat,kn..sbb besenye klu dh namany bunuh dr, insyaAllah mati la kot,kn..gol..huhu..

bl tgk smakin byk kes bunuh diri d klangan org melayu kite ni, aku rs dh jadik mcm 1 pattern plk..kdg2 aku rs slh 1 sbb knp kes bunuh dr ni mkin byk, sbb pendedahan ttg benda ni kat paper tu sndiri...tp mmg xleh slhkn paper..mmg keje diorg kene laporkan berita pd umum...sptutny kite amik iktibar..tp tu la mslhny, bl org2 (y aku anggap bmasalah ) ni amik bendalah ni jadik contoh penyelesaian pd mslh diorg plk...adeh...appadaaa.......so, aku rs paper kene tukar strategi...klu ade kes2 mcm ni lagi, kuarkan la gak artikel psl "cara2 nk atasi mslh peribadi" dgn buka minda diorg y bmasalah ni...jgn smpi diorg cenderung pk ttg bunuh dr, sbb xdek penyelesaian lain...."diorg y bmasalah"....knp aku kata 'diorg y bmsalah' ?? sbb individu y rs diri diorg mmpunyai mslh y sgt berat, y smpi xleh dselesaikn aje y mmpunyai kecenderungan sgt tggi u end their life ni dgn very2 stupid, dumb, silly action - suicide! sbb tu la aku rs paper sgt2 kene maink peranan dlm mbntu golongan ni....

aku sgt2 yakin, kebanyakan org y bunuh diri ni dpt idea u bunuh dr drpd paper...eceh..mcm investigator plk aku nih..hohohoh...tp ye la, 2,3 thun lps bc paper psl org bunuh dr sbb kene kejar along la, ape la...kali ni, ek eh...kite plk ade mslh....tu y pendek akal, tiru lah...bunuh dr...seng....xyah kene pape dh lps tu...
along pn xleh dh carik aku..haha..pdn muko along tu..
aku pn xyah dh byr hutg...huhu..seng hatiku..
amboi...seng nye ko pk...ko igt seng2 gtu jah?dlm kubur tu ko pk x? hohoho..byk cntik muke ekau??huhuhuh....

so, ape peranan media??? aku rs media sgt2 penting dlm mbntu golongan bmslh ni...nk hrpkn column y dihandle dek kaunselor dlm paper, kecik mane je la ruangan y dperuntukk utk diorg,kn...huhu...aku ade pendapat peribadi aku sndiri...sbb aku prasan, tiap kali ade kes jenayah mcm ni, wartawan akn usaha sedaya upaya diorg u korek habis2an u tahu knp mgsa ni bunuh dr...siap korek ttg ape prangai pelik die dlm smggu dua ni ( tu je la idea wrtwn sokmo..heh!), brp bini die ade, kdg2 tu siap tny ape mknn die y last..adeh...nk pengsan aku dgr....punye la komited, tp aku rs ade baikny klu konsep komited diorg tu ditukar..apply kt tpt y lg bmnfaat...xyah bg penekanan tlalu berat psl ni..baik la diorg guna peluang ni u didik public ttg pentingny elak diri dr ambil tindakan bunuh dr jk ada sbrg mslh...toksah la beria g CSI mak pak mangsa y cnfirm2 tgh sedih tu..g la research jap, tny kaunselor ke, then publish la news y dtambah info y leh bntu educate public kite ni, spy jgn just simply think that 'suicide' ni end point of any prob...bg la suggestion ape y kite ptut wat klu ade mslh bsr dlm hdup...bkn pe, bl aku bc paper, aku rs kes bunuh dr ni bkn stakat kat org dewasa jah..y menakutk, bdk2 pun dh mule tnjuk prangai huduh nk bunuh dr..org tua kertu pn..y dlm news kt ats ni, nk2 menuju kertu la kan?huhu..aku pcaye, kelompok usia y berbeza, msti ade mslh y berbeza...so,kite kene bntu diorg mengikut mslh y diorg hadapi..bkn dgn bg motivasi atau cdgn secara umum jah....nape, xcaye ke bdk2 pn nk bunuh dr? meh aku tlg copy paste jap..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
21/4/2010
PONTIAN: A 13-year-old boy hanged himself after being scolded by his father for going on a joy ride with his friends and coming home late.The teenager, who also suffered from asthma, was found by his mother in the bathroom on Sunday.He had used a rope tied to a railing to hang himself.The boy was rushed to the Pontian Hospital but succumbed to his injuries at about 2am on Monday.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOTA BHARU: “Biasanya anak kami rajin membantu saya dan suami berniaga ikan di Beris, Bachok tetapi semalam (kelmarin) dia memberitahu tidak mahu ke mana-mana kerana letih.“Disebabkan itu, hanya dia tinggal bersendirian di rumah,” kata Zubidah Sulaiman, 40, selepas menemui anaknya mati tergantung di rumahnya di Kampung Jelutong, Seribong, di sini, malam kelmarin.Zubidah berkata, sukar untuk dia menerima hakikat anaknya, Mohd Amin, 15, meninggalkan mereka dalam keadaan demikian memandangkan sebelum ini remaja itu ceria dan peramah dengan penduduk sekitar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
11/3/2010
KOTA BHARU – Seorang pemuda berusia 23 tahun hampir menemui ajal apabila nekad mengambil tindakan untuk membunuh diri selepas diper-cayai mengalami putus cinta. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim (gambar) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pemuda berkenaan dipercayai cu-ba membunuh dirinya di rumah neneknya di Kam-pung Wakaf Stan, Kubang Kerian dekat sini. “Perbuatan pemuda berkenaan yang menggantung dirinya dengan menggunakan tali rafia bagaimanapun disedari ibunya yang turut berada di dalam rumah tersebut. “Ibu pemuda itu kemudian-nya bertindak menggunting tali tersebut untuk menye-a-matkan anaknya sebelum menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian,” katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18/4/2010
KUANTAN - “Saya nampak dia macam tidak berselera untuk makan sejak tiga hari lalu dan bertanya sama ada dia mengalami masalah,” kata ibu lelaki yang ditemui mati tergantung di dapur rumahnya di Taman Tas di sini, semalam.Wanita itu berkata, anak kedua daripada enam adik-beradik berlainan bapa itu kelihatan murung sejak beberapa bulan lalu.“Ketika pulang kerja bersamanya pada jam 1 petang semalam, dia diam sahaja. Saya berehat sehingga terlelap kerana keletihan, sementara anak saya tidur di kerusi.“Saya terkejut apabila anak bongsu yang ada di dapur menjerit meminta saya pergi ke dapur, selepas melihat abangnya tergantung,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Katanya, anak lelakinya yang berumur 26 tahun itu pendiam dan membantunya sebagai tukang cuci di sebuah sekolah selepas berhenti kerja di bengkel motosikal.Adik keempatnya berkata, ketika kejadian, dia di ruang tamu dengan ahli keluarga.“Saya tidak sangka perkara seperti itu boleh berlaku kepada abang saya, walaupun dia alami kemurungan,” katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, lelaki itu dipercayai mengalami kemurungan selepas pulang dari kampung neneknya di Terengganu tahun lalu.“Lelaki itu dijumpai tergantung dengan kain langsir diikat pada besi siling dan dipercayai mati sekitar antara jam 1.20 petang dan 2 petang,” katanya. Dia dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1/10/2009
LABUAN: Adik bekas pemain bola sepak Liga Malaysia Sabah dan Kelantan Ghafur Mohammad, ditemui mati tergantung di atas kipas siling sebuah rumah lama mereka di Kampung Gersik Saguking, dekat sini, tengah hari kelmarin. Mangsa yang dikenali sebagai Md. Sharuleizat Mohammad, 21, ditemui oleh ayahnya kira-kira jam 12 tengah hari dengan leher mangsa terjerut bersama seutas tali kapal dipercayai gantung diri selepas dua hari tidak pulang ke rumah baru mereka di Taman Mutiara Kampung Sungai Bedaun. Timbalan Ketua Polis Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Sarjan Mejar Abidin Annuar berkata, mangsa hanya berseluar jeans berwarna biru tanpa memakai baju disahkan meninggal dunia akibat jerutan tali di bahagian leher oleh doktor Hospital Nukleus Labuan. Abdin berkata, hasil dari pemeriksaan pihak polis turut menjumpai sekeping nota kecil yang berbunyi "Assalamualaikum kepada keluarga tersayang... aku minta maaf kepada semua... aku cukup hidup sampai di sini" yang dipercayai ditinggalkan oleh mangsa tidak jauh dari tempat kejadian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
26/3/2010
SERI ALAM: Akibat rasa tersisih dan cintanya tidak dihargai, seorang tukang urut tradisional yang merajuk dengan teman wanitanya, janda beranak satu, dikatakan cuba membunuh diri dengan melilit wayar pada lehernya dan disambungkan ke suis elektrik di rumah sewanya di Bandar Seri Alam di sini, malam kelmarin. Drama mencemaskan kira-kira jam 7 malam itu, memuncak apabila kehadiran anggota polis cuba memujuk lelaki terbabit supaya tidak meneruskan hasrat bodoh itu, namun dia mula hilang pertimbangan dan mengugut akan merodok perutnya menggunakan kaca botol dipecahkan. Sebelum kejadian, lelaki itu dikatakan cemburu buta dan mengesyaki kekasihnya janda beranak satu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkan pemuda berusia 30 tahun berasal dari Sarawak itu bertengkar dengan teman wanitanya berusia 40 tahun di Gelang Patah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hmmm...aku xnk paste byk2...nnt jdik mcm thread bunuh dr plk blog aku ni..huhu..tp aku pcaye, bbeza umur, bbeza mlsh y mnyumbang kpd rs nk bunuh dr...klu remaja, aku pcaya biasany ttg mslh cinta @ pgaulan kat skolah..tmasuk buli ataupn penerimaan rkn2 atau cikgu..mgkin rs rendah dr pn bleh mnyebabk depresi y sgt dlm bg diorg....klu golongan ptengahan umur dan set2 kertu, aku rs mslh tu lg byk dan meluas...ekonomi, kene kejar ahlong, mslh rumahtgga, mslh cinta, mslh kerja, mslh jiwa...ish..byk la....y kdg2 tu xterpikir pun dek kite..huhu..tp, xyah pk la...wat serabut pale jah..huhu...cuma, tanam kesedaran kat dr kite dan ahli keluarga kite, u peka ttg mslh ni y smkin beranak pinak dlm masy kita...
samada kite sedar atau x, setuju atau x, aku rs kes bunuh dr ni smakin mbimbangkn...lbih mbimbangk sbb bl smkin byk blaku, bmkna rmai lg org islam d keliling kite ni y kurg kesedaran ttg akibat bunuh dr ni...aku bkn la org y bgus dlm nk bcerita ttg ni..nk mhukum pn x...sbb kite pn kurg ilmu...sekadar u kite tmbh pengetahuan kite, aku nk paste ape y aku usha ttg kes ni...sama2 la kite wat pengajaran...

1) Bunuh diri adalah satu DOSA BESAR. Banyak hadis sahih menyebut orang yg membunuh diri akan diazab Allah dengan cara dia membunuh diri.Sabda Nabi SAW: "Dan sesiapa membunuh dirinya dengan suatu cara, maka dia akan diazab dengan cara itu pada hari qiamat". (HR Bkhari dan Muslim).

Ada hadis-hadis sahih mengatakan orang yang membunuh diri akan berada di dalam neraka, diazab dengan cara dia membunuh diri, selama-lamanya.sebagaimana hadis sahih: "Sesiapa membunuh dirinya dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu akan sentiasa di tangannya merobek perutnya, di dalam neraka, berkekalan selama-lamanya. Dan sesiapa yg meminum racun lalu membunuh dirinya, maka dia akan meminumnya di neraka jahannam selama-lamanya. Sesiapa yg terjun dari tempat tinggi lalu membunuh dirinya, maka dia akan terjun juga dalam neraka jahannam, berkekalan selama-lamanya". (HR Bukhari Muslim).

2) Bunuh diri BUKAN satu perkara syirik. Dan orang yg melakukan dosa ini di bawah kehendak Allah, sekiranya mahu diazab, akan diazab, sekiranya mahu diampun akan diampun. Hanya dosa syirik yg tidak diampuni Allah sebagaimana dalam al-quran: "Allah tidak mengampunkan dosa syirik, dan mengampunkan dosa2 lain kepada sesiapa yg dikehendaki".

Antara dalil org yg bunuh diri di bawah kehendak Allah, dan Dia boleh mengampunkannya, satu hadis sahih yg diriwayatkan oleh al-Tufail bin Amru al-Dausi bahawa beliau berhijrah ke Madinah bersama seorang sahabatnya. apabila sampai di madinah, sahabatnya itu tidak dapat menyesuaikan dengan cuaca di sana lalu sakit teruk. akhirnya dia membunuh dirinya dengan cara memotong tangannya shingga darah mengalir keluar. Selepas itu, al-Tufail bermimpi melihat sahabatnya itu dalam keadaan yg sangat cantik tetapi bahagian tangannya tertutup.

Tufail bertanya: "Apakah yg Allah lakukan kepada kamu?".
sahabatnya jawab: Tuhanku berkata: "Aku ampunkan bagimu disebabkan hijrah kamu kepada NabiKu".
Tufail bertanya lagi: Kenapa tanganmu tertutup?
katanya: Dikatakan kepadaku: "Kami tidak membaiki apa yg kamu sendiri rosakkan".

Tufail kemudian menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW. lalu baginda berdoa supaya diampunkan untuk tangannya. (HR Muslim). Imam Nawawi dalam syarah Muslim mengatakan: -hadis Tufail ini menjadi hujah kepada satu kaedah besar bagi ahli sunnah bahawa sesiapa yg membunuh diri atau melakukan dosa besar, lalu mati tanpa bertaubat, dia berada di bawah kehendak Allah, dan tidak boleh diputuskan ia akan masuk neraka. -hadis ini adalah penerangan kepada hadis-hadis lain yg pada zahirnya menunjukkan org yg bunuh diri, atau membuat dosa besar masuk neraka selama-lamanya.

Wallahu a'lam
credit : al-ahkam.net



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "bl melayu pn ikut bunuh dr (X_X)"

  1. umairah says:
    April 27, 2010 at 10:34 AM

    rse tkut je nk bsrkn ank dlm zmn ni..tkut dh didik elok2 kt umh,tpengaruh lak ngn kwn2..huuu